Cerita Seorang Buta Huruf


Ada seorang lelaki buta huruf (tidak tahu membaca). Beliau belajar setakat
Darjah 6 saja kerana dia buta huruf. Suatu hari dia pergi ke sebuah sekolah
untuk mencari pekerjaan sebagai seorang pekerja am / janitor. Guru besar
interview dia dan memarahi dia kerana untuk jadi pekerja am di sekolahnya,
dia perlu tahu membaca.

Kecik hati orang tu kena marah tak tentu pasal. Nak kerja sebagai pekerja
am pun, kena marah dan dilayan dengan hina. Dia berjalan keluar dengan
wajah yang sedih dan singgah di sebuah kedai menjual curut. Tokeh kedai itu kasihan melihat lelaki buta huruf itu dihina kerana kebodohannya yang tak tahu membaca. Lalu dia cuba menolong lelaki tersebut dengan menyuruhnya menjual curut.

"Kau duduk kat hujung jalan nun, dan kau jual curut ni satu seringgit! Habis 20 curut yang aku beri kau ni, kau datang semula kat aku dan aku akan beri kau RM 10"

Jadi lelaki buta huruf itu pun buat seperti yang disuruh. Selepas 1 jam dia
pulang ke kedai curut tadi dan memberi hasil jualannya. Wah bagus.. dalam
sejam kau dah habis jual 20 curut! Nah aku beri lagi 20 batang curut. Kau
jual lagi kat hujung jalan tu.

Itulah yang lelaki buta huruf itu lakukan setiap hari selama 5 tahun. Dia
menjual curut kepunyaan tokeh curut tadi di hujung jalan dan setiap hari,
hasil penjualannya itu, dia simpan di dalam bank.

Suatu hari, tokeh kedai curut itu memanggil beliau. "Aku ni dah tua, dah tak larat lagi nak jaga kedai curut ni. Aku ingat aku nak jual saja kedai curut aku ni kat kau RM 50,000" kata tokeh kedai kepada lelaki buta huruf tersebut.

"Tapi boss, saya bukan ada duit banyak tu boss" kata lelaki itu. "Alahh kau buat lah pinjaman kat bank tu. Macam macam offer pinjaman bank tengah promosi sekarang".

Maka lelaki tersebut pun pergi ke bank untuk buat pinjaman perniagaan.
Pegawai bank menyemak permohonan beliau dan mula bertanya beberapa soalan.

"Encik bekerja sebagai apa?"
Lelaki itu menjawab dia hanya seorang jurujual sahaja.

"Apa kelayakan akademik Encik?"
Lelaki itu menjawab dia hanya belajar setakat darjah 6 sahaja kerana dia tak tahu membaca.

"Kalau begitu susahlah Encik. Hanya orang terpilih sahaja yang layak
mendapat pinjaman bank kami Encik". Lelaki tersebut tunduk sedih.

"Tak layak buat pinjaman tak mengapa Encik. Mungkin Encik boleh mulakan
dengan membuka akaun simpanan di bank kami Encik?" kata pegawai bank tersebut.

Lelaki itu menjawab, "Errr.. saya sebenarnya sudah ada akaun simpanan di
bank sini." Lalu dia menyerahkan buku simpanan banknya kepada pegawai bank tersebut.

Alangkah terkejutnya pegawai bank tersebut, apabila mendapati buku simpanan bank lelaki tersebut mencatatkan baki terkini sebanyak RM220,000!

"Wahh, banyak duit Encik sampai lebih RM 200 ribu, kenapa Encik nak pinjam RM50,000 dari kami pula?" katanya pelik

"Sebab saya tak tahu membaca" kata lelaki buta huruf itu.

"Wahhhh.. tak tahu membaca, dah boleh kumpul sampai lebih RM 200,000 dengan menjadi jurujual saja. Agak-agak encik, apa encik akan jadi kalau encik tahu membaca? tanya pegawai bank tersebut dengan kagum.

Lelaki buta huruf itu terdiam seketika.

"Kalau saya tahu membaca, mungkin
sekarang saya jadi seorang janitor saja!" katanya dengan selamba.


-----------------------------------
MORAL OF THE STORY
-----------------------------------

1) SEJAUH MANA ANDA MENILAI DIRI ANDA?

Itulah yang terjadi jika anda terikut-ikut rentak dunia. Kehidupan hari ini
memandang sumber manusia sebagai satu modal perniagaan yang cukup berharga.
Sayangnya, kebanyakan dari kita dinilai dari segi sijil akademik dan
pengalaman kerja yang kita miliki, dan bukannya berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan dalaman yang kita semua ada.

2) PERSOALANNYA - MENGAPA ANDA BIARKAN ORANG LAIN MENILAI DIRI ANDA SEBANYAK ITU SAHAJA?
SEDARKAH ANDA BEGITUBERHARGA?
ANDA UMPAMA ROBOT YANG PALING HEBAT PERNAH DICIPTA!
LANGSUNG TIDAK ADA SATU PUN CACAT CELA!

TETAPI KENAPA ANDA MERELAKAN ORANG LAIN MENILAI ANDA SEBEGITU RUPA?

Been Busy Lately...

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak update blog ni..as usual blogger akan cakap "blog dah bersawang dah" hahaa... sebenarnya skrg ni buzy sikit..macam-macam hal nak kena settle.

Kepada Marhaidi, Hanger & Gomok, sorry tak dapat jawab call korang hari tu, time korang call memang aku tengah busy, then bila time nak return call balik aku dah terlupa...thank you guys sebab risaukan aku...hahaha risau ke? Nasib baik tadi sempat jawab call Die, tu pon tak cakap lama sebab aku dalam bank...nnt bila2 free aku call kita pi minum2 ok.

Hanger,
Hari tu aku nampak hang kat kedai perabut sebelah Restoran Cengkih, aku dalam keta tak sempat nak "Hoi" kt hang...shopping perabut ke? kat sebelah kedai tu ada 2 kedai no ekor. hehehee

Gomok,
Nanti kita pi makan sup...byk benda nak cite ngan hang ni..Nasik Royale bukak hg bukan nak inform aku. Makan sorang!

Die,
No hp tu aku terminate kejap sebab phone dah takde, nanti aku activate balik aku bgtau...

Khali,
Ko bila lagi ni? tu pipeline ko antara hidup dan mati tu...push diorg sikit ok..Biar ball kt court diorg..U know monkey business?

Nora,
Aku tunggu good news 15th Nov ni..alang2 ko kasi letter 12/11/12 la...nombor cantik maa....

Oklah, ada keje ni nak buat...Hasta Luego.... :)

Amalan terbalik yang tidak disedari

10 AMALAN TERBALIK YG TIDAK DISEDARI ♥

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Sumber: http://m.harakahdaily.net

#NowReading The Magic by Rhonda Byrne

Buku ni banyak menekankan aspek macam mana kita nak practice gratitude, grateful atau bersyukur dalam kehidupan...ayat power dia.."If you practice gratitude a little, your life will change a little. If you practice gratitude a lot every day, your life will change dramatically and in ways that you can hardly imagine".

Magic word dia "thank you, thank you, thank you".

Dalam buku ni ada 28 magical practice yang mana kena practice over 28 consecutive days so that we can see the magic take place in our life and will change our entire life- and fast! ;)

Recommended !