Sedekah...

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

🌐✏ KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

📝 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

✏ Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

✏ Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

📝 Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

📝 Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. 

📝 Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

📝 Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. 

📝 Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

✏ Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga

✏ Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

✏ Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

✏ Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

✏ Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

✏ Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

✏ Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

✏ Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)

✏ Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

✏ Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya

✏ Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. 

✏ Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

✏ Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar

✏ Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. 

✏ Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

✏ Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

✏ Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

✏ Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

✏ Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

✏ Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

✏ Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

✏ Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

0 Responses