1. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita
solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita
yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. Dua rakaat solat
dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang
tidak hamil.
5. Wanita yang
memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat
satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang
melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
7. Wanita yang
habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang
sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang
melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan
kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga
adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya,
akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan
di dalam surga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
10. Wanita yang tidak
cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang
memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
12. Wanita yang
menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang
menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di
baitullah.
14. Wanita yang
menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk
memasuki surga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil
akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil
akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang
bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada
satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita
mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita
melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui
anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan
khabarkan berita bahwa surga wajib baginya.
21. Jika wanita
memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala
satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita
memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita
memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang
meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki surga.
24. Jika suami
mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan
dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
Pandangan :
Amatlah mudah bagi
seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang
masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki
syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat
jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga
dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini
kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini
hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia
berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman,
macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman,
bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.
Pisau tu menetak
kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak
dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di
kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk
tangan, kaki, badan, etc….
Dipetik daripada
Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis Nabi mengenai
wanita.
Doa perempuan lebih
makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
wallahua’lam.