Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan
yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang
wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah
aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti
kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu
ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap
terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun
yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang
merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika
suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang
anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada
adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah
menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu
?" Lalu disuruh adiknya baring dan....
disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah
kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" Wanita
itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar
dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang
berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan
terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti
yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat
dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus
dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap
terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah
dalam sebuah hadith Qudsi,:" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang
Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan
syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk
oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullh saw bersabda,:" Tiga
macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina
nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk
kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat,
maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah) Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar
dalam menghadapi segala musibah.