Lirik Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

the POWER by Ryonda Byrne

Conclusion

One old man was sitting with his 25 years old son in the train. Train is about to leave the station. All passengers are settling down their seat. As train started young man was filled with lot of joy and curiosity. He was sitting on the window side. He went out one hand and feeling the passing air. He shouted, "Papa see all trees are going behind". Old man smile and admired son feelings. Beside the young man one couple was sitting and listing all the conversion between father and son. They were little awkward the attitude of 25 years old man behaving like a small child.

Suddenly young man again shouted, "Papa see the pond and animals. Clouds are moving with train". Couple was watching the young man in embarrassingly. Now its start raining and some of water drops touches the young man's hand. He filled with joy and he closed the eyes. He shouted again," Papa it’s raining, water is touching me, see papa".

Couple couldn't help themselves and ask to old man. Why don't you visit the Doctor and get treated your son. Old man said," *Yes, We were coming from hospital only. Today only my son got the eyes first time in life".

Moral of the story is; we must not come to any conclusion until we know all facts.

Bila si suami hantar puisi halus kepada isteri untuk kahwin lain

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***


Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan


cuma mancis saja!!!!!


please lah....!!!

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendak ku katakan aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan RIBA, oleh itu segala urusan melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap SYAITAN demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga-jaga supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembut lah terhadap mereka. Kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh sungguh kata kata ku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang 5 kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain nya kecuali dalam taqwa dan beramal SOLEH.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas ku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama lamanya. Itulah AL QURAN DAN SUNNAHKU.

Hendaklah orang orang yang mendengar ucapan ku, menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata kata ku dari mereka yang mendengar terus daripada ku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba hamba Mu.

Antara Kerja & Kehidupan Peribadi

Dalam sibuk-sibuk dengan kerja seharian kat ofis hari ni, aku terpanggil untuk berkongsi satu keluhan dari sorang kawan rapat aku ni. Dulu ktorg sama-sama bekerja satu ofis, tapi sekarang aku dah bawak haluan aku sendiri dengan join company lain dan dia masih kat sana, but still we are in same industry.


Berkat kesetiaan dia dengan company tu, rezeki dia murah...alhamdulillah sekarang dia dah naik pangkat jadi Manager. Di bawah seliaanya terdapat 8 orang staff yang mana aku kira sebagai tulang belakang dia. Masing-masing carry same portfolio; Sales & Marketing dan sorang daripadanya do support or office job. Kalau salah seorang dari 8 orang ni tak deliver keje masing-masing, so kesannya akan ruin semua, padahnya member aku ni yang menanggung semua...tak achieve target ! boss la katakan...


Okey, nak dijadikan cerita, ada di antara staff-staff member aku ni adalah kawan-kawan dia masa sama-sama mula kerja dulu, cuma apabila member aku ni dinaikkan pangkat jadi Team Manager, diorg ni kena report duty to him. Environment keje memang best, al-maklumlah kerja sama-sama, then kawan-kawan plak tu, tak de hal la...konsep aku tolong kau, kau tolong aku tu memang terbukti terlaksana...as long as keja siap then ok. So keja pun semakin senang & menarik..takde masalah. Tapi, apa yang aku nak cerita kat sini tentang cabaran yang dihadapinya apabila salah seorang team mate atau subordinate tu terdiri dari kenalan atau kawan-kawan kita sendiri yang mula timbulkan masalah.


Crucial partnya kalau salah seorang dari team mate kita tak deliver kerja macam yang kita harapkan..sekali dua tak pe lagi, boleh bgtau or nasihat as a friend, cara gurau-gurau.. tapi kalau dah selalu sangat tak boleh deliver, bagi kerja tak siap, tak fokus kepada kerja then start la satu persatu masalah timbul. Nak marah..difikirkan kawan, takut merajuk or ambil hati, nak tegur takut terasa hati, nak dibiarkan nanti merana diri...tu la budaya orang kita..berlembut tak kena tempat, perasaan serba salah yang menebal dan akhirnya dilema tak tentu pasal.


Ceritanya bila sorang staff ni; support staff kawan aku ni yang mana start berubah perangainya, dulu bukan main fokus masa kerja, pantang kasi task terus siap, tapi akhir-akhir ni tumpuan kerjanya sedikit terganggu, hilang fokus gara-gara start bercinta. Boleh dikatakan setiap masa setiap saat asyik berkepit jer dengan handphone, SMS & bergayut bercinta merengek-rengek bercakap handphone dengan boyfriend sampai tak buat kerja..
Bukan tak boleh bercinta, boleh! tapi agak-agak la...awak tu support staff, duduk kat ofis buat kerja ofis untuk team member lain yang buat sales, time kerja kenalah kerja & deliver apa yang patut. So now, the whole team sekarang ni stuck sebab 1 person didn't deliver the task. Seluruh process stuck! Team member lain tak boleh nak cakap apa, sebab dia ni boleh dikatakan senior antara diorg... then pass to my friend untuk nasihat. So, as a boss member aku ni serba salah, bukan tak pernah nasihat, dah banyak kali hint kan pasal benda ni..siapkan keje dulu then after ofis terpulang la nak bercinta ke ape ke...janji kerja siap! Tapi dah macam masuk telinga kiri keluar kot lubang hidung jer nasihatnya. Yang member aku tak faham sangat tu, takkan la tak boleh stop SMS sekejap then siapkan kerja dulu. The worst part bila time dia bergaduh dengan boyfriend dia, sampai ke tahap takde mood untuk kerja, mengamok tak pasal-pasal kat ofismate lain, sampaikan team mate lain pun takut nak dekat. Nanti tak pasal-pasal kena hambor. Perghhh...kuat sungguh penangan cinta dia ni...


Bagi aku la, pengalaman aku dulu pun masa ada girlfriend (sekarang ni single yer ;p ), kalau la girlfriend aku call time aku keje memang aku dah start rimas...bukan tak boleh call or SMS langsung, just simple call or SMS tu memang patut la, maksud aku kat sini call time keje semata-mata nak merengek-merengek bercinta tu memang aku tak suka..prinsip aku senang jer, sebab tak nak campur aduk hal keja dengan personal.. memula tu memang la bergaduh sakan bila aku bgtau hal ni kat dia, tapi lepas aku explained elok-elok, bagitau sebab ape aku tak suka then dia pun bleh terima. Tapi ambik masa jugak la...
Salah satu sebabnya kat sini, aku kalau kat ofis memang busy, kalau tak busy pun memang aku buat-buat busy, hahaha...lagi satu aku memang serious kalau buat keje, so kalaulah tiba-tiba time tengah busy buat keje then girlfriend call ajak sembang-sembang merengek-merengek bercinta memang kelam kabut la jadinya...sebab tu la aku tak suka.
Kalau ada masalah or we all tengah konflik ke bergaduh sekalipun aku cuba avoid tak nak discuss time ofis hour ni...nanti ruin mood, nanti keje tak fokus..bukan nak lari dari masalah tapi that the way aku boleh fokus...lepas keje, we sit down then settled everything...itu cara aku!


Sampai satu tahap girlfriend aku cakap aku ni ada different character, kat ofis lain, kat umah lain, haaa...tu aku sedikit sebanyak agreed la..niat aku hanya satu, nak fokuskan pada apa yang aku buat. Atau dalam erti kata lain aku tak reti nak handle dua benda sekaligus dalam satu masa. Even kalau aku tengah membaca or menulis blog pun, aku tak boleh dengar radio or music, tdo pun aku tak boleh ada music...aku kena Focus! Focus! Focus!...then zzZZzzz...


Aku tau tak semua orang boleh terima cara aku ni, tak nak campur-adukkan hal kerja dengan personal life bunyi macam ego jer, bunyi macam tak romantik, macam bagus-bagus jer or macam belagak, selfish...tapi kalau you all boleh handle hal kerja dengan peribadi sekaligus dalam satu masa tanpa ruin others, I think korang memang power..tapi realitynya, dari apa yang member aku dok mengadu tadi tu, semuanya akan menjurus kepada masalah kalau tak handle betul-betul...kalau tak seimbangkan kedua-dua tu nescaya akan menyusahkan orang lain...dalam kes member aku tu, kan ke staff dia ni dah menyusahkan member aku merangkap bossnya dan team sekaligus...kesian orang lain!


Nasihat aku, jalan penyelesaian yang aku fikirkan sesuai adalah, member aku tadi tu duduk berbincang dengan staff dia baik-baik, open heart, open mind, apa-apa teguran jangan ambik hati. Ibarat pepatah orang-orang tua seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. Selagi ada ruang perbincangan, bincang elok-elok. Kebenaran itu amat pahit dan persahabatan itu amat perlu dijaga. Niat asal mestilah betul, bukan nak aibkan sesiapa tapi just nak memperingati diri sendiri dan rakan-rakan betapa antara kerja dan kehidupan peribadi perlu seimbang. *wink*


Fauzi

Kisah Biskut



Posted by Kisah Tauladan




Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.


Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
"Alangkah tak malunya lelaki ni..... dah la tak mintak dari aku.... makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!! " rungut wanita itu dalam hati.


Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.


Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar." kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.


Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
"Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi..." getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.


Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.


Moral:
Jangan buruk sangka dengan orang. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.


Dipetik dari GM's Corner 14/12/2010

Affirmation

Cerita ni betul-betul terjadi kat aku dengan bebudak ni...Friday lepas, on our holiday trip. Sebelum ni memang selalu dengar pasal financial consultant especially Unit Trust Consultant or Insurance Agent yang practice affirmation ni dalam business diorg.

Affirmation ni macam satu thought yang akan set their positive mindset. For example, kalau agent-agent ni nak close deal or going to present / promote something, diorg ni akan affirm & set their mindset yang mana diorg akan dapat jugak deal tu or close jgk sales tu. So, sort of put away their negative thought and just fikir positive jer or akan dapat closed jugak deal tu. Sampaikan ke tahap diorg nak dapatkan parking keta before appointment diorg kt satu-satu kawasan yang jemm takde parking pon diorg still practice benda ni, yang bestnye menjadi plak tu..power betul! Kira macam tu ler lebih kurang in layman explanation...
Aku pernah jugak try dulu, tapi hmmm.....hampehhh... blum cukup ilmu lagi kot, hahaha... Ok back to my story tadi.

Last Friday, aku ngan bebudak ni ada plan holiday trip kat satu tempt ni, long journey jugak la, kalau drive with normal traffic & normal kelajuan keta ikut had JPJ 110kmj, it's will take 5hrs. So, plan asal nak gerak on Friday morning, tp disebabkan aku tak apply cuti, so kena la keje jumaat tu full day. Dalam hati aku memang trip ni tak akan menjadi la sebab aku dah buat hal dari awal-awal lagi, tak apply cuti on Friday, tapi kawan-kawan aku ni tak henti-henti convince aku, they confident nak jugak pegi sana even after my ofis hour.

Sharp jer 5.30pm, after punch card kat ofis, aku terus gerak pegi fetch bebudak ni kat meeting point, Damansara Perdana, dari KL to Damansara Perdana it's take 1 1/2 hours, punya la jemm, dah la Friday petang memang selalu jemm, hujan plak tu, sabar jer la..
Dipendekkan cerita, hampir jam 7.15pm kitorg pon start la journey, naik keta aku, drive ikut highway, jemm tak hengat, semua affirmed nak sampai before 10pm, sebab last gate access bleh masuk to our ' holiday destination' before 10pm, kalau dikira just tinggal lagi 3 hours jer, sorang-sorang mulut tak henti-henti affirm konfom bleh sampai before 10pm, tapi dalam hati diorang aku tak tau ler, rasanya tak kot...hahahaa... Seriously aku memang tak confident langgung boleh sampai sana before 10pm memandangkan jemm teruk kt highway...

Slowly, jemm pon dah takde, driving pon dah start smooth, so smpai kat satu R&R ni nak isi minyak, sekali tak de plak petrol pump yang selalu aku isi..Shell, so, sorang ni suggest isi minyak kat depan sana sikit coz ada Shell, so, ikut kan jer la... Padahal kat R&R ni pun dah ada petrol pump.
Normally kalau aku isi minyak keta RM50 with Shell V-Power, boleh pegi sampai 270km mileage, lebih dari tu pon boleh sebenarnya, tapi aku dah start nak isi tambah la, tak nak la take risk habis minyak kat tengah-tengah jalan...

Dah hampir sejam drive still tak jumpa-jumpa jugak Shell, member sorang ni confident jer ckp kat depan tu akan ada shell, warning signal low fuel dh menyala hampir 10 minit ni, tapi signboard petrol pump pun tak nampak lagi..yang aku nampak signboard masjid banyak la dari tadi. Aku dah start risau dah ni, jam dah 9.30pm, minyak nak abis, petrol pump pun tak nampak lagi, last access to our destination 10pm and another180km to go...arghhhhh!!!
Suddently, miracle happen, ternampak signboard petrol pump kt depan, shell plak tu...another 6km, ok cool !

Sampai kat Shell, aku isi minyak full tank sambil membebel-bebel kat diorg ni, nasib baik minyak tak abis tengah jalan..hahaha...now baru tahu, member yang confident cakap ada shell kat depan tadi tu rupa-rupanya dia pun cakap main hembus jer..dia tak tau pun sebenarnya ada petrol pump..hampeh btol! Then muka sorang2 semua dah mcm penat and frustrated sebab dah 9.45pm, konfom kalau speeding 200kmj pon, takkan boleh sampai sebab ni bukan highway, jalan banyak traffic light, gelap plak tu...adusss....konfom kena transit kat hotel ntah ape2 ntah sementara menunggu access besok paginya plak...
So, dengan semangat yang ada sikit-sikit jer plus affirmation konon-konon maybe access gate bukak sampai 11pm, ktorg pun teruskan jugak driving, mana ler tau kot-kot untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung ktorg dapat masuk access gate malam ni, huhuhu... Jam dah 10.45pm, salah satu procedure nak lalu gate access ni kena dapatkan chop pengesahan & declaration kat copy geran keta from balai polis kat area situ, so sampai jer balai tu, aku masuk ngan member sorang lagi, mintak chop pengesahan, declare apa yang patut. Then memang plan script nak cakap kat polis tu kalau dia tanya bila nak masuk, ktorg akan ckp esok pagi, saja jer chop malam ni, sebab esok takut tak sempat... so, as per plan, polis tu pon tanya, bila nak masuk, aku ckp la esok pagi sebab mlm ni dah tak sempat, now dah 10.45pm, we all from KL petang tadi, sekali.....miracle happen again, "Sempat lagi ni kalau encik nak masuk malam ni, access gate bukak sampai pukul 11pm, tapi kena cepat la" WHAT???!!! Perghhhhhh.......terbeliak biji mata aku ngan member sorg ni, yang dua orang lagi tengah tunggu kat keta sambil hisap rokok, maybe tengah dok frustrated rasanya....apa lagi aku bgtau jer access gate still bukak, dengan pantas terus buang rokok diorg ni, drive straight to the gate...hahaha....muka sekor-sekor senyum ni, hilang rasa penat tadi tu !! Sampai kat police roadblock, polis tak tanya banyak, selalunya dia akan tengok copy geran keta yang di chop tadi, then tanya 'soalan-soalan polis' diorg, tapi, ni tak pon, kitorg just angkat tangan jer...hahaha...maybe sebab aku still in office attire or sebab keta double plate kot :p Hahahaa....we all settled apa yang patut kat access gate, then tepat pukul 11pm ktorg berjaya melepasi access gate to our destination with smiling...hahaha

So, moral of the story, fikir-fikir balik, affirmation tu memang penting & workable kalau kita betul-betul yakin...apa yg kitorg affirmed sepanjang journey tadi tu memang betol-betol menjadi...dari kes plan yang mungkin takkan menjadi sebab tak sempat bertolak on Friday morning, sampai ke minyak keta nak abis cari petrol pump then sampai ler nak access masuk gate...
Think positive, set our mindset with positive, don't ever think we can't do something before we try. Serious! Don't surrender!

p/s : Tapi part yang access gate bukak sampai pukul 11pm tu memang ktorg tak tahu, ingatkan sampai pukul 10pm..hehehee..that one need to equip with knowledge :p
Hasta Luego !

Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…


Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.


Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.
“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.


Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,
“Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Lelaki handsome vs Lelaki tak handsome

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...


kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?