Kenali Madu

Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.



Sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.”

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.”

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.”

Ilmuan Islam menyatakan:

al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.



Antara khasiat madu:

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
7. Digunakan sebagai ubat sakit perut
8. Menghilangkan ketagihan dadah
9. Menghilangkan kahak
10. Memutih dan menguatkan gigi
11. Menghilangkan kesan terbakar pada kulit
12. Menguatkan badan, bagi yang berumur
Dan banyak lagi..

Kenali madu asli:

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
3. Celupkan kepala mancis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
4. Madu asli akan membentuk heksagon di dalam air yang tak dikacau.
5. Madu asli tidak akan dihurung / dikerumuni semut.
6. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit


Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
Jauhkan dari litar elektrik.
Jangan guna madu dengan unsur logam
Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.

p/s: let’s drink honey rather than carbonated drink that is scientifically proven to be harmful to human’s health. Let us change to be a better muslim!

Wallahualam.

Sumber: http://miramawary.blogspot.com/2010/07/anda-tentu-sedia-maklum-allah-s.html
http://www.lamankongsi.com/2012/05/khasiat-madu-lebah-menurut-islam-dan.html



Makan buah dulu..

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun"



It's raining outside...Let's Make a Wish :)

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: “Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim / di shahihkan oleh Adz-Dzahabi ).