Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1433H

Salam,

Alhamdullillah kita semakin mengakhiri tahun 1432H dan Insyaallah tanggal 1 Muharram maka bermulalah tahun baru (takwin Islam) 1433H. Selamat menyambut tahun baru dan marilah kita sama-sama memahami pengertian sejarah hijrah yang sebenar. Jangan hanya menganggap cuti sempena sambutan Awal Muharram ni hanya sama sahaja seperti cuti hari-hari kelepasan am yang lain. Alangkah ruginya kita jilakau masa terluang ini tidak dimanfaatkan dan dihayati sepenuhnya apakah pengertian sebenar hijrah.

Banyak perkara yang berkaitan sejarah hijrah dan juga sirah perjuangan junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad SAW diperbincangkan  setiap kali sambutan Maal Hijrah ini. Sekiranya peristiwa sejarah Nabi kita dijadikan panduan, banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil untuk diri kita.  Namun demikian apa peranan kita sebagai manusia dan umat Islam didalam pengertian hijrah ini? Sejauh mana hijrah berlaku di dalam diri kita? sejauh mana penghayatan hijrah ini di manfaatkan?

Sebagai manusia biasa walaupun sedikit titik penghijrahan dilakukan didalam diri kita, nescaya dengan niat yang ikhlas, Allah akan mempermudahkannya.  Marilah kita sama-sama memperbaiki diri sendiri, perbetulkan kesilapan diri, bermuhasabah,  berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik, berhijrah ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat untuk semua. Perbaiki hubungan kita dengan Pencipta, kukuhkan hubungan dengan ibubapa, eratkan hubungan dengan sahabat dan rakan-rakan; pertingkatkan amalan, ubah cara pemikiran, ubah cara hidup kita. Ingatlah sekecil-kecil manapun perubahan yang kita lakukan jika berlandaskan niat kepada Allah, Insyaallah akan diberi ganjaran dan dipermudahan.

Semoga  tema sambutan Maal Hijrah 1433 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' tidak hanya tinggal tema dan semoga setiap tokoh Maal Hijrah yang dinobatkan setiap tahun tidak hanya sekadar tokoh. Semoga kita mengambil iktibar ke atas setiap perjuangan mereka.

Masih ingat kita dengan lagu ini:-

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

p/s: Ingatlah, kita digalakkan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sempena Maal Hijrah ini sebelum kita memulakan hijrah dan bukan dengan bernyanyi saja..lagu di atas tu untuk imbau sejarah sikit jer... :) 

0 Responses